Program Gua Musang Eco-Challenge 2009 yang dianjurkan oleh Kesedar
87 views
3 Responses to “Gua Musang Eco-Challenge 2009”
david
29. Jan, 2010
Eco Challenge di Gua Musang
Pada 18 dan 19 Disember 2009,Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR) telah mengadakan Eco Challenge dengan kerjasama Majlis Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Eco Challenge kali ini terbahagi kepada dua katagori iaitu terbuka dan jemputan, acara sukan ini mendapat sambutan dari pelbagai negeri antaranya ialah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan yang melibatkan 92 orang peserta. Sukan tahunan ini rasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR Tuan Hj.Arshad bin Ismail.
Sesi pendaftaran peserta pada 18 Disember pada pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00petang. Selesai sesi pendaftaran, taklimat tentang Eco Challenge berlangsung sehingga pukul 7.00 malam.
Seawal pukul 8.00pagi, pada 19 Disember, bertempat di Taman Negara Kuala Koh, para peserta memulakan cabaran dengan pertandingan lumba lari. Peserta di lepaskan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Hj. Arshad bin Ismail. Peserta larian berlari sejauh 4km, di ikuti dengan berkayak sejauh 20km di mana peserta mula berkayak di Pengkalan Sungai Kuala Koh sehingga Jambatan Sungai Felda Aring 6. Cabaran seterusnya ialah, berbasikal (off road) sejauh 36km, melalui Felda Aring 6,8,10, 11, 15 dan melalui Ladang Syarikat Kukuh Cemerlang. Cabaran Onroad pula, dari Simpang Paloh Lebir sehingga perkampungan Paloh 2. Larian juga acara terakhir di mana peserta berlari sejauh 4km juga bermula di Perkampungan Paloh 2 sehingga ke Padang Awam Paloh 2.
Di perkampungan Paloh 2, Ketibaan YB. Dato’ Paduka Norzula bin Mat Diah (ADUN Paloh) bersama dengan Pengurus Besar KESEDAR Tuan Hj Mohd Arshad bin Ismail untuk acara penutup dan penyampaian hadiah. Dif terhormat di raikan dengan Perarakan kompang, persembahan Seni Silat, persembahan Gasing dan Persembahan Simfoni. Majlis berakhir pada pukul 5.00petang.
aina
02. Feb, 2010
Saya memuji langkah memuat naik video ke web khas, ini akan memudahkan kakitangan Kesedar mengikuti serta menonton sendiri perkembangan KESEDAR secara visual menerusi web di seluruh dunia
Syariman Sabah
02. Feb, 2010
Saya amat berminat untuk menyertai program Gua Musang Challengge...boleh kah pihak penganjur hubungi saya untuk program akan datang iman1@yahoo.com
david
29. Jan, 2010
aina
02. Feb, 2010
Syariman Sabah
02. Feb, 2010