Kini seluruh kakitangan Kesedar dan seluruh dunia boleh mengikuti perkembangan KESEDAR dan pembangunan Gua Musang menerusi webtv Kesedar. Laman ini adalah prototype dan sedang dikemaskini. Harap Maklum
Name (required)
21. Jan, 2010
Perhimpunan Bulanan KESEDAR
Pusat Sivik – Kira-kira hampir 500 kakitangan KESEDAR telah berhimpun di sini pada 10 Januari 2010 untuk menghadiri Perhimpunan Bulanan yang pertama bagi tahun 2010. Perhimpunan Bulanan itu menghimpunkan warga KESEDAR dari seluruh kawasan termasuk dari tiga Pejabat Wilayah iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang dan tidak ketinggalan kakitangan dari Pejabat Operasi bagi mendengar amanat yang sempena kedatangan Tahun Baru daripada Pengurus Besar Tuan Haji Mohd Arshad Ismail. “KESEDAR telah mencatatkan kejayaan membanggakan dalam aspek pengurusan dan pembangunan sepanjang tahun 2009 termasuk di peringkat kementerian dan saya berharap semua kakitangan akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun 2010 ini bagi menaikkan imej KESEDAR di mata masyarakat” katanya pada majlis tersebut.
“Harapan saya pada tahun 2010 ini semua warga KESEDAR akan lebih komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam usaha menjayakan matlamat menjadikan Kelantan Selatan menjadi Wilayah luar bandar termaju di Malaysia”, tambahnya lagi.
Pada majlis tersebut juga KESEDAR telah menjemput En Azhar Ismail Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan untuk menyampaikan ceramah mengenai “Gagasan 1Malaysia”. Ia bertujuan untuk memberi pemahaman kepada seluruh warga KESEDAR mengenai perkara tersebut dan menyampaikannya kepada golongan masyarakat khususnya peneroka di kawasan masing-masing.
Selain ceramah Gagasan 1Malaysia, satu pameran oleh Agensi Antidadah Wilayah Gua Musang turut diadakan. Pameran itu bagi mendedahkan warga KESEDAR mengenai bahaya penyalahgunaan dadah
ariff

Johan Ariff Ismail
21. Jan, 2010
Name (required)
21. Jan, 2010
ariff
21. Jan, 2010